Berita Menarik DI Dunia

Berita Menarik DI Dunia
Navigation

Misteri Suara Tangisan Dari Dalam Kubur di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur

JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.

Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam. Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.


Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.

Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut. Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya. - Agensi

P/s: Indonesia : Pusat Kejadian Misteri
Share

Kittykus

Tanggapan Anda ?